Saturday, March 29, 2008

Perang Hamra al- Asad [seimeNt yg myebabkan aku mempunyai seketul blog]


Perang Hamra al- Asad merupakan rentetan daripada perang Uhud dan ia berlaku sehari selepas perang Uhud iaitu pada hari ahad, 16 Syawal tahun 3 hijriah.

Setelah perang Uhud berakhir pada hari Sabtu, 15 syawal thn 3h, Rasulullah dan tentera Muslim kembali ke Madinah pada petang hari tersebut. Akan tetapi, pada malam harinya, Rasulullah terfikir bahawa tentera Musyrikin tidak mendapat apa-apa pun daripada perang Uhud dan baginda merasa risau 'kalau- kalau' tentera Musyrikin yang dalam perjalanan kembali ke kota Mekah berpatah balik untuk memerangi tentera Muslimin sekali lagi setelah menyedari mereka tidak memperoleh apapun manfaat daripada perang tersebut. Oleh yang demikian, Rasulullah mengambil keputusan untuk keluar mengusir tentera Musyrikin.

Pada keesokan harinya (hari ahad), Rasulullah S.A.W memerintahkan Para Sahabat yang telah turut serta dalam Perang Uhud untuk keluar bersama baginda. Walaupun mengalami kesakitan dan kecederaan hasil daripada Perang Uhud, ia bukanlah menjadi penghalang bagi para sahabat untuk terus berjihad. Di kalangan tentera Islam tersebut hanya seorang sahaja yang tidak menyertai Perang Uhud iaitu Jabir bin Abdullah yang mana beliau telah diperintahkankan oleh ayahnya yang turut serta dalam perang Uhud untuk menjaga saudara-saudara perempuannya di Madinah.

Maka, Tentera Islam pun bergerak keluar dari Madinah dan akhirnya mereka sampai di suatu tempat yang dinamakan 'Hamra al- Asad', yang mana jauhnya lebih kurang lapan batu dari Madinah. Lalu tempat ini dijadikan tempat persinggahan mereka.

Di tempat ini, seorang musyrik iaitu Ma'bad bin Abi Ma'bad telah datang menemui baginda SAW lalu memeluk Islam. Ada pendapat yg mengatakan beliau masih dalam kemusyrikan selepas itu. Namun, beliau terpanggil untuk memberikan nasihat kepada Rasulullah SAW kerana terdapat pertalian sekutu di antaraBani Khuza'ah dan Bani Hasyim. Beliau juga melahirkan rasa sedihnya atas apa yang telah berlaku kepada Rasulullah.. Setelah itu, Rasulullah mengarahkannya untuk pergi menemui Tentera Musyrikin dan membuat helah.

Lantas, beliau pun pergi menemui tentera musyrikin yang pada masa itu sedang merancang untuk berpatah balik ke Madinah dan memerangi tentera Islam. Walaubagaimanapun, safwan, salah seorang ketua tentera Musyrikin membantah rancangan tersebut kerana beliau khuatir mereka akan kalah. Melihat Ma'bad mendatangi mereka dgn keadaan yang tergopoh gapah, Abu Sufian lantas bertanya apa yg berada dibelakangnya shingga dia berkeadaan begitu.. Lalu, beliau mengkhabarkan kepada mereka bahawa Rasulullah SAW bersama Tentera Islam dengan jumlah yang sangat ramai berbanding sebelum ini sedang mara untuk memerangi Tentera Musyrikin. Mendengar berita tersebut, Abu Sufian menjadi marah dan tetap bertekad untuk memerangi tentera Islam. Akan tetapi, setelah Ma'bad bin Abi ma'bad memberikannya nasihat, beliau akhirnya akur dan membatalkan rancangan mereka lalu meneruskan perjalanan ke Kota Mekah.

Rasulullah dan Para Sahabat pun kembali ke Madinah setelah 3 hari bermarkas di Hamra Al- Asad..

Wallahua'lam..


* Alhamdulillah.. settle gak akhirnya..
- segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kekurangan yang terdapat dlm artikel ni adalah drpd kelemahan saya sendiri..-

*even ada byk kekurangan, harap anda semua para jelitawan dan para 'machoan' sudi memberi komen or kritikan x kisahlah yang membina @pn sebaliknya:D..
neway, trimass, thanx n syukran jazilan 4 ur kindness and coOperation..
May Allah bless u wa jazakumullah khairan kathira.. Insya Allah..

*bittaufiQ wanNajah lakum*

10 comments:

Anonymous said...

salam,lawa la blog ni,mane dpt peta 2? lph blog ni berwarna-warni 2,fuyoooooo,lawa 2.ape2thniah dicapkan...

zuraida said...

salam.bgs.sy tk sabar nak tunggu sambungannya.

mat_api said...

best jgk cter dlm blog mu..ok, trskan usaha k..gud luck..salam...

aisa said...

salam.....
*bah petama2nya aku ucapkan tahniahlah coz dpt menghasilkan blog yg cantik n citer yg menarik..
*teruskan menulis n chaiyooooo222!!!

helmy said...

salam.rentetan dari kisah perang ini,mari le sama2 kita amik sifat ketaatan para sahabat terhadap rasullullah..cinta mereka terhadap rasul teramat agung...ok.teruskan menulis.wassalam

syawal@jerung said...

wa meriahnye blog ko..sumenye best except 1 ting..address blog aku tkde dlm blog ko..wasola qalbuka..gud luck..ba dulu

azlin said...

salam..satu kerja yang bagus...n menarik peta 2,tapi yang lagi menarik,isi cerita 2..
wssalam

sweetsourgirlz said...

salam..
amboi2, blh tahan gak blog nya ye..
ok la citenya..mudah paham. teuskan perjuanganmu mengarang ye..




p/s: untuk adk kesayangan ni, akak dah komen dah blog,so aura akak akan terjaga la..

ayu_luffy said...

salam...kaizen...(mcm nk dlm quality mngmnt oh nma ktk tk)...kacaklh blog ktk tk...article pun ok, ada peta gk ya...ish2..sush mk crk tk...bnyklh juak usha ...bla gk mk ajar bhsa sbh ngn kmk ko...k lh...mun da k kmn gk, kmk mdh dpn2 jak oh..k.chaiyok2, kaizen..slm ngan tian xi..

KimAmaN said...

Salam..

Emm...mnarik gak blog kamu ni yerk hikmah..ngn jalan cite hamra' al asad..bau2..teruskan lg usaha anda bkn stakat d sni yerk..