Saturday, April 5, 2008

aKu peNdamBa MU..

Andai Ku Tahu Kapan tiba ajalku,
ku akan memohon, Tuhan tolong panjangkaN umuRku..
Andai Ku Tahu Kapan tiBa maSaku,
Ku akaN memOhon, Tuhan jaNgan amBil nyawaku..

Aku taKut aKan semua doSa-dosaku,
Aku taKut doSa yaNg teRus membayaNgiku..

Andai ku Tahu MalaiKatMU kan meNjemputku,
iZinkan aKu meNgucaP kaTa tauBat paDaMU..
Ampuni aku daRi segaLa doSa-doSaku..
Ampuni aku..
Menangisku bertauBat paDaMU..
Aku manusia yaNg taKut neRakaMU,
Namun aKu juGa tak paNtas di sYuRgaMU..

Segala yang ada daLam hidupku,
ku seDari semua miLik MU,
ku hanya hambaMU yang berLumur doSa,
tunjukkaN aku jaLan LurusMU,
untuk menggapai syurgaMU..

Terangiku daLam setiap Langkah hidupku,
Kerana ku tahu hanya Engkau Tuhanku..
Allahu Akbar Allah Maha Besar,
Ku memujaMU disetiap waktu,
Hanya padaMU tempatku berteduh,
memohon redha dan AmpunanMu..

Saturday, March 29, 2008

Perang Hamra al- Asad [seimeNt yg myebabkan aku mempunyai seketul blog]


Perang Hamra al- Asad merupakan rentetan daripada perang Uhud dan ia berlaku sehari selepas perang Uhud iaitu pada hari ahad, 16 Syawal tahun 3 hijriah.

Setelah perang Uhud berakhir pada hari Sabtu, 15 syawal thn 3h, Rasulullah dan tentera Muslim kembali ke Madinah pada petang hari tersebut. Akan tetapi, pada malam harinya, Rasulullah terfikir bahawa tentera Musyrikin tidak mendapat apa-apa pun daripada perang Uhud dan baginda merasa risau 'kalau- kalau' tentera Musyrikin yang dalam perjalanan kembali ke kota Mekah berpatah balik untuk memerangi tentera Muslimin sekali lagi setelah menyedari mereka tidak memperoleh apapun manfaat daripada perang tersebut. Oleh yang demikian, Rasulullah mengambil keputusan untuk keluar mengusir tentera Musyrikin.

Pada keesokan harinya (hari ahad), Rasulullah S.A.W memerintahkan Para Sahabat yang telah turut serta dalam Perang Uhud untuk keluar bersama baginda. Walaupun mengalami kesakitan dan kecederaan hasil daripada Perang Uhud, ia bukanlah menjadi penghalang bagi para sahabat untuk terus berjihad. Di kalangan tentera Islam tersebut hanya seorang sahaja yang tidak menyertai Perang Uhud iaitu Jabir bin Abdullah yang mana beliau telah diperintahkankan oleh ayahnya yang turut serta dalam perang Uhud untuk menjaga saudara-saudara perempuannya di Madinah.

Maka, Tentera Islam pun bergerak keluar dari Madinah dan akhirnya mereka sampai di suatu tempat yang dinamakan 'Hamra al- Asad', yang mana jauhnya lebih kurang lapan batu dari Madinah. Lalu tempat ini dijadikan tempat persinggahan mereka.

Di tempat ini, seorang musyrik iaitu Ma'bad bin Abi Ma'bad telah datang menemui baginda SAW lalu memeluk Islam. Ada pendapat yg mengatakan beliau masih dalam kemusyrikan selepas itu. Namun, beliau terpanggil untuk memberikan nasihat kepada Rasulullah SAW kerana terdapat pertalian sekutu di antaraBani Khuza'ah dan Bani Hasyim. Beliau juga melahirkan rasa sedihnya atas apa yang telah berlaku kepada Rasulullah.. Setelah itu, Rasulullah mengarahkannya untuk pergi menemui Tentera Musyrikin dan membuat helah.

Lantas, beliau pun pergi menemui tentera musyrikin yang pada masa itu sedang merancang untuk berpatah balik ke Madinah dan memerangi tentera Islam. Walaubagaimanapun, safwan, salah seorang ketua tentera Musyrikin membantah rancangan tersebut kerana beliau khuatir mereka akan kalah. Melihat Ma'bad mendatangi mereka dgn keadaan yang tergopoh gapah, Abu Sufian lantas bertanya apa yg berada dibelakangnya shingga dia berkeadaan begitu.. Lalu, beliau mengkhabarkan kepada mereka bahawa Rasulullah SAW bersama Tentera Islam dengan jumlah yang sangat ramai berbanding sebelum ini sedang mara untuk memerangi Tentera Musyrikin. Mendengar berita tersebut, Abu Sufian menjadi marah dan tetap bertekad untuk memerangi tentera Islam. Akan tetapi, setelah Ma'bad bin Abi ma'bad memberikannya nasihat, beliau akhirnya akur dan membatalkan rancangan mereka lalu meneruskan perjalanan ke Kota Mekah.

Rasulullah dan Para Sahabat pun kembali ke Madinah setelah 3 hari bermarkas di Hamra Al- Asad..

Wallahua'lam..


* Alhamdulillah.. settle gak akhirnya..
- segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala kekurangan yang terdapat dlm artikel ni adalah drpd kelemahan saya sendiri..-

*even ada byk kekurangan, harap anda semua para jelitawan dan para 'machoan' sudi memberi komen or kritikan x kisahlah yang membina @pn sebaliknya:D..
neway, trimass, thanx n syukran jazilan 4 ur kindness and coOperation..
May Allah bless u wa jazakumullah khairan kathira.. Insya Allah..

*bittaufiQ wanNajah lakum*

Friday, March 7, 2008

hikmah disebalik pensyariatan 'had 100 sebatan & rejam shingga mati'

Firman Allah :
' pezina perempuan dan pezina lelaki, sebatlah masing2 dari keduanya dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu utk (menjalankan) agama (hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian org2 yang beriman.' [surah an-nisa': ayat 2]


sesungguhnya segala hukum yg diturunkan oleh Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikan di sebalik hukum2 tersebut.. sebagai contoh, hukum had keatas pezina.
Allah telah mensyariatkan hukum hudud '100 sebatan keatas pezina ghair muhsin (belum berkahwin dan 'rejam sehingga mati' keatas pezina muhsin (sudah berkahwin).

ramai yg tidak mengetahui bahawa pensyariatan ini punya hikmah yg tersembunyi..

" badan manusia akan mengeluarkan sel2 darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit dan sel2 ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dgn sum2 tulang manusia". orang yg belum berkahwin akan dapat mengeluarkan beribu2 sel ini, manakala org yg sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari. ini kerana sel2 lain akan hilang setelah suami isteri bersetubuh.

sekilas pandang, sekali baca.. 'statement' diatas nampak seperti tidak punya hubung kait dgn hukum had ni.. tapi...

tahukah anda apbla sebatan 100 kali dikenakan keatas pezina yg belum berkahwin, dan sebatan itu pada dikenakan bahagian belakang, suatu amaran tentang kesakitan sebatan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV.
sebaliknya jika bg pezina yg telah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja. oleh itu, hanya dengan hukuman rejam sampai mati sahaja yg dapat melawan virus HIV. disamping itu, ia juga sebagai satu peringatan kepada sluruh umat agar takut utk melakukan perkara terlarang tersebut..

wallahua'lam bissawab..

Thursday, March 6, 2008

iS diS tRue??


BoRn On nOv....

"xtau la betul @ x.. meh kita check..
wokeyyy!!
LetS cheCk it Out!!!
******* *******
ciRi2 mRk yg LahiR on nOv??..
(angkat gg sepa yg sama)

* byk iDea dlm byk perkara
* Sukar utk dimengerti @ difahami sikapnya
* berfikiran kehadapan, unik & bijak
* penuh dengan idea2 baru yg luaRbiaSa
* pemikiran yg tajam
* daya firasat yg sgt halus &tinggi
* sesuai mjadi seorg doktor
* ceRmat daN teliti
* Personaliti yg dinamik
* sifat yg perahsia, pandai mcungkil & mencari rahsia
* byK berfikir,kurang bercakap tapi mesra
* berani, pemurah, setia, & byK kesabaran
* terlalu degil & keras hati
* apbla berkehendak ssuatu, akan diusahakan hingga berjaya
* tidak suka marah kcuali digugat
* mudah ambil berat thadap org lain
* pandai muhasabah diri
* cara berfikir yg lain dr yg lain
* otak yg sgt tajam
* pandai mdorong diri sendiri
* tidak hargai pujian
* kekuatan semangat & daya juang yg tinggi
* kasih syg & emosi yg sgt mdalam & romantik
* tidak pasti dengan hubungan kasih syg
* suka duduk di rumah
* sgt rajin & berkemampuan tinggi
* amanah, jujur, setia & pandai berahsia
* tidak berapa berjaya dlm mengawal emosi
* bercita2 tinggi
* perangai tidak dpt diramal & mudah berubah- ubah.

so,,,,,
betul @ x??para novemberian..wat do u think??hehe..yg lahir bulan2 laen..sila cari sendri yee..ahakzz..